Tuesday, February 28, 2012

JASAD.

Petang ini kelihatan cerah.
Usai turunnya hujan.
Pagi tadi memang tenang
Setelah terkena panahan petir pukul 4 pagi.
Mengangkat kelopak mata
melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang hamba.
insan yang alpa.
Melalui hari hari dengan jadual yang padat,
Minggu yang sarat,
Assignment yang karat tak dibuat,
Test itu dan ini sangat teratur duduknya bersusun.
Alangkah bahagianya~
Bersangka baiklah....
Sesungguhnya tanggungjawab ini hanya permulaan kehidupan.
Maaf saya menolak pelawaan kamu cik QS
Untuk berjimba menghabiskan baucar buku 1 Malaysia.
Sel sel kulit kepala dirasakan tidak berfungsi dengan baik
Tatkala menerima notis makluman untuk menghadiri
Program Latihan Pembangunan Atlet PKS Mendayung
24-FEB 2012____4MAC 2012.
Dalam hati `seemmmmmmpuuuuuttttttt......’
Sekali lagi bersangka baik...
Tetapi tetap tidak dapat menyembunyikan air muka
Yang jelas terang dan nyata
Memaparkan kerelaan 0/10.
Gembira seketika mendengar adam aidil menjerit
Di dalam gadget nokia saya.
Senyum senyum senyum.
Sangat comel.
Terbayang wajah bulat itu.
Senyum senyum. Heeeeee.
5 minit kemudian
.               .               .               .               .

.               .               .               .

.               .               .      

.               .

.
(O_o)
Kembali muram.
*sigh.

Wednesday, February 22, 2012

BITTER SOUR.

Walaupun diam itu lebih baik
Tapi kita hanya manusia biasa.
Yang tak mampu mengawal
hati dan perasaan sendiri.
Hanya mampu berserah.
Semoga hidup ini sentiasa tenang
Dibawah naunganNYA
Untuk  awak yang tak berapa nak dekat,
Kita berdoa dan bertawakkal lah..
Yang tertulis itu adalah yang terbaik bagi kita..
Semoga hubungan ini terpelihara
insyaAllah.


Monday, February 20, 2012

BAHASA.

Pagi itu
Kayuhan basikal aku agak perlahan
Memandangkan kelas akan bermula 10 minit lagi.
Tapi lecturer kami memahami student.
Beliau akan masuk ke kelas setengah jam selepas waktu sepatutnya.
Tiba di perkarangan kampus,
Aku park basikal
Dan menuju ke tandas.
Tudung aku da macam makcik jual nasi lemak.
Serabut tak tentu hala
Dek kerana ditiup angin pagi
Bercampur dengan tempias angin kereta,
Bas,
Lori,
Motor,
Kapalterbang,
Heli,
Etc.
Usai mengemaskan kembali tudung,
Berjalan menuju ke kelas.
Terbertemu dengan orang putih
(student foreigner)
Dia bertanya,
`maafkan saya, di manakah bilik studio gambar?’
*dalam bahasa ibundanya.
Dengan confident aku membalas,
`oooohh, here.’
*sepatah ja puuunnnn ye adhoiii~
Sambil menunjukkan arah ke bilik tersebut.
Beliau menuruti langkah aku ke arah tersebut.
Naseb baik kelas aku tuju berhampiran dengan studio gambar itu.
Fiuuu.
Almaklumla diri ini hanya insan biasa
Yang kurang kemahiran berbahasa asing
Kerana kurang mempraktikkan bahasa tersebut.





Moral of the story: belajarlah bahasa asing tetapi janganlah terlalu poyo sehingga tidak mahu menggunakan bahasa rasmi negara kita.

 

Thursday, February 16, 2012

TAK LAYAK.

Saya mintak maaf hati.
Tak dapat nak ikut cakap awak.
Saya terpaksa.
Saya pun tak nak macam ni.
Saya sedar.
Saya tak layak.
Kawan hati terlalu baik.
Saya jahat la awak tau tak.
Tolong lah amik tau.
Saya tak larat da nak cakap kat awak
Yang saya ni jahat.
Awak tak percaya.
Saya bukan saya yang dulu.
Bukan saya yang tersenyum manis
Jalan dengan polite
Pakai tudung berjahit kat tengah
Pakai kain pink setiap hari rabu
Bagi salam kat cikgu
Masuk kelas awak dengan muka toya
Pergi kat meja awak
Bahan bahan awak.
Saya bukan macam tu lagi da.
Tapi awak tetap tak percaya saya jahat.
Awak baik sangat...
Dan comel.
Jangan nak buat saya cair sangatlah!
Awak tak tau saya macam mane sekarang.
Saya kata saya jahat
Awak tak mau dengar.
Saya kata saya gelap
Awak kate tak kisah.
Yelah tu awak.
Awak tak tengok lagi bole la cakap.
One by one tengok.
Terkedu sejuta bahasa awak nanti.
Jadi saya pun tak larat da la nak mengharap
Yang kekal itu terlalu jauh awak.
Saya tak nak sambut harapan yang awak bagi
Sebab saya macam da nampak keadaan jalan di hujung sana.
Tak larat nak tengok lagi.
Biarlah segalanya berjalan seperti sediakala
Biarlah matahari tetap bersinar setiap pagi
Dan bulan melimpahkan cahayanya pada waktu malam
Tanpa ada gangguan.
Macam awak
Yang selalu ganggu saya
Pada masa yang sangat sesuai.
Saya suka sangat awak tau. 
Lalala~
Terima kasih awak.
Tapi saya tak layak untuk awak.
Saya tahu itu.
Tapi kalau awak jodoh saya,
Saya terima.
*cakap tamil lah aku ni. Kejap tak nak kejap nak. Pirah.

SPECKY.

ternampak specky yang saya suka.
ingatkan hari tu specky final year.
tapi rupenya ada lagi. 
 duduk sorang sorang.
 masih dengan spek beliau.
sangat macho 
dan low profile.
macam kali pertama saya jumpa dia.
walaupun tak pernah tegur awak 
selepas kali pertama kita jumpa kat majlis tu,
walaupun saya tak tau 
awak ingat saya ke tidak,
harap harap dapat jumpa lagi.
(^_^)