BIAR KATA-KATA MENJADI PERMATA....

Tlg beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..

Tlg beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNYA..

Tlg beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tlg nasihati si dia, jgn menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang maha Esa..

Tlg nasihati si dia, jgn mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha kuasa..

Tlg nasihati si dia, jgn mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tlg katakn pd si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..

Tlg katakn pd si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurgaNYA..

Tlg ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..

Tlg ingatkn si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tlg ingatkn si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tlg tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tlg tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya...

Tlg tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tlg sedarkan si dia, aku milik Yang maha Esa..

Tlg sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..

Tlg sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tlg sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..

Tlg sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tlg sabarkan si dia, bila jarak menjd penyebab bertambah rindunya..

Tlg pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kpdnya..

Tlg pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tlg pesan padanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaganya..

Tlg khabarkan pd si dia, aku tidak mahu melekakan dia..

Tlg khabarkan pd si dia, aku mahu dia berjaya dlm impian dan cita-citanya..

Tlg khabarkan pd si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tlg sampaikan pd si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tlg sampaikan pd si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tlg sampaikan pd si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tlg sampaikan pd si dia kerana aku tidak mampu utk memberitahunya sendiri..

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yg sentiasa memuji keagungan Yang Maha kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya danbertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

norikostesry be the way as she is...........

Comments