BAHASA.

Pagi itu
Kayuhan basikal aku agak perlahan
Memandangkan kelas akan bermula 10 minit lagi.
Tapi lecturer kami memahami student.
Beliau akan masuk ke kelas setengah jam selepas waktu sepatutnya.
Tiba di perkarangan kampus,
Aku park basikal
Dan menuju ke tandas.
Tudung aku da macam makcik jual nasi lemak.
Serabut tak tentu hala
Dek kerana ditiup angin pagi
Bercampur dengan tempias angin kereta,
Bas,
Lori,
Motor,
Kapalterbang,
Heli,
Etc.
Usai mengemaskan kembali tudung,
Berjalan menuju ke kelas.
Terbertemu dengan orang putih
(student foreigner)
Dia bertanya,
`maafkan saya, di manakah bilik studio gambar?’
*dalam bahasa ibundanya.
Dengan confident aku membalas,
`oooohh, here.’
*sepatah ja puuunnnn ye adhoiii~
Sambil menunjukkan arah ke bilik tersebut.
Beliau menuruti langkah aku ke arah tersebut.
Naseb baik kelas aku tuju berhampiran dengan studio gambar itu.
Fiuuu.
Almaklumla diri ini hanya insan biasa
Yang kurang kemahiran berbahasa asing
Kerana kurang mempraktikkan bahasa tersebut.





Moral of the story: belajarlah bahasa asing tetapi janganlah terlalu poyo sehingga tidak mahu menggunakan bahasa rasmi negara kita.

 

Comments