CEMBURU.

entah kenapa
hati ini cemburu
tatkala melihat kupu kupu berpasangan
melihat burung burung berkicauan
ilham yang kadangkala hadir
dipengaruhi pembacaan yang kurang diamalkan.
memakai kaca mata bukan kerana rajin membaca.
maaf.
tidak pasti ditujukan kepada siapa.
menghadiri majlis yang berwalimatul urus beberapa hari lepas.
jauh melangkah ke bumi Kedah.
bersama rakan Maraliner.
melihat lihat rumpun padi luas kekuningan
menunggu giliran mesin menuai yang fully booked.
cemburu
melihat pasangan bahagia berwajah cerah
dilapis bedak atau tidak
itu belakang cerita.
yang penting mereka cerah.
entah bila giliran diri ini bertemu jodoh.
pengajian belum selesai
sibuk memikirkan jodoh yang sedang melangkah tenang di bumi tuhan.
insyaAllah.

Comments