SEORANG.

Pada suatu petang yang damai
Hati berjalan jalan
Menikmati pemandangan petang
Melihat matahari terbenam di ufuk barat.
Hati berjalan dan terus berjalan
Tidak sedar bulan sedang tersenyum
Di hadapan mata.
Hati berasa sangat tenang.
Sebab dapat pergi jauh dari kehidupan sehari harian
Yang mempunyai jalan cerita yang sama
 setiap hari.
Tiba tiba hati menemui dua persimpangan
Hati tidak tahu hendak memilih yang mana
Tidak tahu hendak menuju ke arah mana
Adakah dia perlu kembali ke arah dari mana dia datang.
Hati menangis
Dia berasa keseorangan.
Sangat keseorangan.
Tiada siapa dapat tolong hati.
Hati kena kuat.
hati bermalam di persimpangan tersebut.
Keesokan harinya,
Hati meneruskan perjalanan berpandukan nalurinya.
Kali ini hati menemui sepohon pokok besar.
Sangat besar.
Terdapat rumah di atas pokok tersebut.
Hati berasa seperti berada dalam dunia tarzan.
Hati tidak berani memberi salam
Kerana bimbang salamnya tidak berbalas.
hati bergerak meninggalkan pokok tersebut.
Hati berjalan lagi
Sehingga hati menemui
Satu padang rumput yang luas
Sedikit berbukit
Terdapat sungai kecil mengalir di tengahnya.
Terdapat bunga bunga liar yang tumbuh merata rata.
Hati berasa aman dengan udara disekitarnya.
hati mendirikan satu pondok kecil berhampiran sungai tersebut.
Dia menghiasi pondok kecil itu dengan bunga bunga.
Hati gembira.
Baginya pondok itu sangat bermakna.
Kawasan yang strategik dan memberi ketenangan maksima.
Hati berasa kekosongannya telah terisi.
Bagi hati,
Dia tidak keseorangan di situ.
Dia berasa ada yang sentiasa memerhatikan dirinya.
Hati tidak pernah berasa bosan.
Setiap hari ada sahaja perubahan yang baik berlaku pada dirinya.
Dia berasa hidupnya lebih bermakna.
Dan berharap dia akan sentiasa melalui kehidupan yang baik
pada masa hadapan.


Comments