Kembalikan.

Adakah bila status berubah menjadi kawan,
silaturrahim juga perlu diputuskan?
Saya minta maaf.
Saya redha kalau awak tak dapat
maafkan saya untuk semua yang dah jadi.
Saya minta maaf
Saya akui punca nya dari diri saya.
Saya juga minta awak buka hati untuk
imbas semula semuanya dari segala sudut.
cara menyelesaikan masalah
cara berfikir
keikhlasan hati
selangkah yang terlalu hampir
jangan di ingatkan lagi.
saya tak nak kita saling menyalahkan.
semua yang jadi ada buruk baik nya.
saya tak melafazkan yang saya tak bersalah,
malah saya mengakui semua nya berpunca dari saya.
Tak ada orang yang sempurna.
Saya pun macam tu, tak sempurna.
Dan orang yang menerima saya seadanya
juga tak sempurna.
Dia terima saya seadanya.
Dia terima saya dengan dosa dosa
yang saya akui.
Kerana itu, saya terima dia seadanya.
Dari jauh, saya bersyukur saya berpeluang
kenal awak, sayang awak.
Hanya niat kita yang tinggal selangkah itu
tak dapat saya teruskan.
Sekali lagi saya minta maaf.
Sesungguhnya saya tak pernah tergamak
buang sesiapa pun daripada hidup saya
termasuk cinta cinta saya yang telah berlalu.
Walaupun kita tak ada jodoh,
saya tak pernah sedikit pun terlintas untuk buang awak.
Bila awak dah sedia maafkan saya,
saya minta awak terima saya semula sebagai kawan awak
dan mak saya tetap mak kepada semua anak anak dia.

Tolong benarkan kejujuran itu wujud.

Terima Kasih
untuk segalanya yang telah kita tempuh bersama.

Saya Minta Maaf.



Comments

Jambu merah said…
Kejujuran apa yang kau mahukan?...semuanya aku telah bagi...aku sampai tiada rahsia antara aku dengan kau.itu .yang kau perlu tahu...aku penat mencintai kau...aku penat melayan kerenah kau...aku penat semunya...maaf diri aku pon tak sempurna...dan kau perlu tahu jugak aku ini selalu nak jadi yang terbaik untuk kau....aku buat ego aku untuk kau rasakan kegembiraan...aku hambakan diri aku untuk kau merasakan diri tau tidak dibawah...aku terima kau seadanya untuk membuat kau tersenyum...maaf skli lagi diri aku terlalu penat untuk menjaga kau...aku bukan putus asa tapi memberi laluan untuk kau mencari yang terbaik dari diri aku yang tak sempurna